hampir rampung sukma ku sayang
dimain ulah atas kepala
mengacah-acah perihal hilang
juga rindu yang berseru sedan

lalu igau menjulang iri
khayal terbit mengunyah diri
berniat niat menjerat hati
yang pernah membaja duri

kini yakin jadi dinding
yang utuh yang tinggi
aksaraku menari-nari
tegal pesona pemegang
hari.

5 comments:

  1. Mampu, mungkin. atau ubah destinasi lain.

    ReplyDelete
  2. mungkin, tapi dia yang aku mau ;'(

    ReplyDelete
  3. Cuba, atau gila sementara semasa. Kau, aku sama. Tentang rasa yang diselimutkan dengan masa. =)

    ReplyDelete