di dada ku, Tuhan
adalah timbunan tutur
yang tiada bertala
dan Engkau lebih tahu

dan di daya ku ..
sedang tinggal ingatan
yang berulang-ulang

restui lah raungan ku, Tuhan
di atas mata aku melihat
dan di kaki aku menjauh

pulang ku nanti sentiasa disini
berkisah perihal realiti
dan memaku atma ku
dengan puisi.


2 comments: